Minggu, 27 November 2011

APA ITU PUISI???

Arti Puisi

Apakah puisi? Tidak ada pengertian yang sesungguhnya, yang orang-orang tau puisi itu sulit. Banyak orang bilang kalou membuat puisi membutuhkan konsentrasi penuh dalam mengungkapkannya. Namun, sesungguhnya membuat puisi tidak harus selalu berkonsentrasi. Puisi itu mudah dan berasal dari perasaan kita. Untuk lebih jelasnya liat pengertian puisi menurut mereka.

(1) Samuel Taylor Coleridge

Puisi adalah kata-kata terbaik dalam susunan terbaik.

(2) Edgar Allan Poe

Puisi adalah adalah ciptaan tenteng sesuatu keindahan dalam bentuk berirama. Citarasa adalah unsur yang diutamakan. Hubungan dengan budaya intelek atau dengan suara hati hanya merupakan hubungan yang selari. Jika bukan secara kebetulan, ia tidak ada kena mengena langsung sama ada dengan tugasnya atau dengan kebenaran.

(3) William Wordsworth

Puisi adalah pengucapan yang imaginatif dari perasaan yang mendalam, biasanya berirama....... pengucapan secara spontan tentang perasaan yang memuncak timbul dari daya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang.

(4) Matthew Arnord

Puisi........ kritikan tentang kehidupan menurut keadaan yang ditentukan oleh kritikan untuk kritikan itu sendiri melalui beberapa peraturan tentang keindahan dan kebenaran yang puitis.

(5) Theodore Watts-Dunton

Puisi adalah satu pengucapan yang konkrit dan artistik tentang fikiran manusia melalui penggunaan bahasa yang emosional dan berirama.

(6) Andrew Bradley

Puisi yang sebenar adalah terdiri daripada rangkaian pengalaman tentang bunyi, imej, pemikiran dan emosi - yang kita alami sewaktu kita membacanya dengan cara sepuitis mungkin.

(7) Edwin Arlington Robinson

Puisi adalah bahasa yang menyampaikan sesuatu yang sukar hendak dinyatakan, tidak kira sama ada puisi itu benar atau sebaliknya.

(8) Auden

Puisi lebih merupakan pernyataan perasaan yang bercampur-baur.

(9) Shelley

Puisi adalah rakaman detik-detik yang paling indah dalam hidup kita (manusia)

(10) H. B. Jassin

Puisi merupakan pengucapan dengan perasaan yang didalamnya mengandungi fikiran-fikiran dan tanggapan-tanggapan

(11) Baha Zain

Puisi tidak berbicara segalanya dan tidak kepada semua. Ia adalah pengucapan suatu fragmen pengalaman dari suatu keseluruhan seorang seniman.

(12) Muhammad Hj. Salleh

Puisi adalah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisinya. Dalam segala kekentalan itu, maka puisi setelah dibaca akan menjadikan kita lebih bijaksana.

(13) Shahnon Ahmad

Puisi adalah rekod dan interpritasi pengalaman manusia yang penting dan digubah dalam bentuk yang paling berkesan.

(14) Usman Awang

Puisi bukanlah nyanyian orang putus asa yang mencari ketenangan dan kepuasan dalam puisi yang ditulisnya. Taoi puisi ialah satu pernyataan sikap terhadap sesuatu atau salah satu atau keseluruhan kehidupan manusia.

(15) A. Samad Said

Puisi pada hakikatnya adalah satu pernyataan perasaan dan pandangan hidup seorang penyair yang memandang sesuatu peristiwa alam dengan ketajaman perasaannya. Perasaan yang tajam inilah yang menggetar rasa hatinya, yang menimbulkan semacam gerak dalam daya rasanya. Lalu ketajaman tanggapan ini berpadu dengan sikap hidupnya mengalir melalui bahasa, menjadilah ia sebuah puisi, satu pengucapan seorang penyair.

Demikian beberapa pendapat tentang erti puisi daripada beberapa penyair, pengkaji dan pengkritik yang terkenal dalam bidang puisi.

Dan daripada pendapat-pendapat yang kita telah kumpulkan itu ada beberapa ciri yang kalau kita padukan kesemuanya maka lahirlah garis kasar tentang pengertian puisi yang sebenarnya.

Ciri-ciri itu antara lainnya termasuklah imaginasi, pemikiran, idea, nada, iarama, kesan pancaindera, susunkata, kata-kata kiasan, kepadatan, perasaan, perasaan yang bercampur-baur dan sebagainya. Dan bila pula diperhalusi lagi ciri-ciri ini, maka puisi boleh kita bagikan kepada tiga eleman pokok yaitu; ( 1 ) Isi ( pemikiran, idea dan emosi ) ( 2 ) Bentuk ( 3 ) Kesan. Dan kesemua elemen ini tercakup menerusi satu media iaitu bahasa.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar